
Penyelidikan dan Pembangunan adalah merupakan teras kepada pengembangan teori dan aplikasi. Sihat2u meletakkan kepentingannya sebagai tonggak kelangsungan pengembangan serta kefahaman masyarakat awam dalam usaha menginstituisikan konsep dan aplikasi Seni Sains Insaniah yang berteraskan Al-Quran dan Sunnah.
Melalui penubuhan Loji Pandu Formulasi dan Aplikasi Komersial(LOFAK), Sihat2u telah mengorak langkah yang drastik dan agresif dalam kajian Perubatan Melayu. Kumpulan Penyelidik yang di ketuai oleh Norhissam Mustafa telah berjaya mengenalpasti serta mengaplikasikan beberapa teras perkaitan antara peraturan kehidupan, sumber bahan dan kesihatan, antara beberapa penemuan yang telah berjaya diaplikasikan ialah:-
- Tenaga Masa dalam Rahsia Mampatan Saiz Molekul
- Aplikasi Fito-Energi dalam gabungan Fito-Kimia
- Pemasangan Molekul dan Kestabilan Bahan tanpa pengawetan
- Penguraian Tenaga Radikal pada bahan melalui Fito-Energi yang terakam pada Unsur Karbon
Hasil daripada penemuan terhadap kajian utama di atas, LOFAK telah berjaya menghasilkan 4 aplikasi pemprosesan utama formulasi/produk iaitu:-
- Kaedah Bio-Distilasi
- Kaedah Bio-Fermentasi
- Kaedah Simulasi Metabolisma
- Kaedah Semburan Titik Hablur
Kaedah-kaedah ini telah diaplikasikan dalam semua proses penyediaan formulasi Rawatan Alami Melayu (RAM) sebagai bahan utama atau sokongan kepada 4 kategori utama aplikasi terapi iaitu Kejiwaan (Terapi Gaya Hidup Sihat Insaniah), Biologikal (Terapi Mandian), Kimiawi (Terapi Pemakanan & Herba) dan Manipulatif (Terapi Bekam & Urutan). Usaha-usaha berterusan dalam Penyelidikan dan Pembangunan ini sedang berjalan melalui jalinan usahasama dengan beberapa badan dan agensi lain seperti Loji Pandu Kejuruteraan Kimia-UTM (CEPP-UTM) dan Pusat Penyelidikan Fiqh Sains & Teknologi, UTM Skudai, Johor.
Kesemua formulasi dan produk yang digunapakai dalam Rawatan Alami Melayu (RAM) adalah merupakan hasil daripada penyelidikan dan pembangunan yang tersendiri di Makmal Islamik Bio-Energiologi (MIBE). Kini, kami di Sihat2u berusaha menyediakan yang terbaik untuk manafaat keseluruhan ummat manusia, mudah-mudahan usaha kami yang sedikit ini berjaya merubah dan meningkatkan kembali kegemilangan Perubatan Melayu Nusantara pada suatu ketika dahulu.

|
![]() |
![]() |
|
![]() |
|