Jangan biarkan diri kita hanyut dalam kesenangan, lemas dalam kesempitan..., Jom Belajar dan Faham Ilmu Kehidupan dan Kesihatan...

Panggilan anda telah didengar, Gerbang Kehidupan dan Kesihatan kembali pada Tahun 2024!

Program Malaysia Sihat 2024...

Adakah anda atau keluarga anda sebagaimana di bawah...

Sentiasa berada dalam ceria dan sihat, bebas dari sebarang masalah kehidupan

Bahagia bersama keluarga tersayang, tiada masalah kehidupan dan kesihatan

... Atau, sedang mengalami masalah kehidupan dan kesihatan seperti di bawah ... 

Terganggu dengan kecelaruan kehidupan, hilang motivasi, pelbagai rawatan telah diusahakan, namun belum berjaya.

Terhempit dengan masalah emosi yang silih berganti, sangat merasai akan bebanannya dan tidak jumpa jalan keluar.

Masalah lemah kecerdasan minda dan obesiti akibat daripada kepincangan pemakanan seharian yang terdahulu.

Terbelenggu dengan masalah Penyakit Kronik, masih mencari-cari kaedah rawatan yang utama dan sokongan untuk sembuh

Apapun keadaan anda dan keluarga, samada berjaya/sihat mahupun teruji dengan sebarang ujian gagal/sakit, jom sama-sama kita fahamkan beberapa perkara di bawah satu per satu. Mungkin ada perkara yang anda perlukan untuk kekal berjaya/sihat mahupun merawat bila sakit...

“ Kehidupan dan kesihatan adalah perkara yang amat penting bagi semua manusia. Ingatlah tanpa mengurus kehidupan dan menjaga kesihatan dengan betul boleh menjerumuskan kita kepada ketidakseimbangan keseluruhan kehidupan. Bagaimana kita dapat berkhidmat kepada diri, keluarga, dan ummah, jika kita sendiri berada dalam keadaan yang tidak seimbangan dan sihat? Oleh itu, untuk mencapai kejayaan yang sebenar, kita perlu belajar, memahami dan mengamalkan ilmu kehidupan dan kesihatan secara fitrah sebaik mungkin.” Tuan Norhissam Mustafa, Penyusun Model Gaya Hidup Sihat Insaniah (GHSi) dan Pengamal Perubatan Tradisional Melayu (PTM) melalui pendekatan Rawatan Alami Melayu (RAM).

KEPENTINGAN BELAJAR ILMU KEHIDUPAN & KESIHATAN

 Sihatkan Diri Anda Secara Fitrah dengan mempelajari Ilmu Kehidupan dan Kesihatan melalui pendekatan Gaya Hidup Sihat Insaniah

Memperkenalkan...

melalui

...telah mula berprogram semenjak 2006, dilancar secara rasminya pada 2012...

Program Malaysia Sihat adalah satu progam Edukasi Awam Pengurusan Kehidupan & Kesihatan secara berkesinambungan berasaskan pendekatan Model Gaya Hidup Sihat Insaniah (GHSi) dan Rawatan Alami Melayu(RAM)  meliputi 3 Unit pembelajaran utama iaitu BiCARA(APM100-uU01), SeHATI(APM100-U02) dan TeRADIDIK(APM100-U03 secara atas talian 100% manakala Unit ReHAT(APM100-U04) secara bersemuka bersama dengan Pengamal Perubatan Tradisional Melayu Berdaftar.

UNIT BiCARA

(APM100-U01)

 

🔖💻

Sistem Pembelajaran Kendiri dan Nota Elektronik yang boleh dicetak sendiri

Belajar dan Faham Kehidupan dan Kesihatan secara Fitrah menerusi Kesedaran Umum terhadap struktur dan kerangka utama seorang insan meliputi Neraca Usaha Kehidupan, Sistem Kehidupan dan Pengenalan Gaya Hidup Sihat Insaniah

UNIT SeHATI

(APM100-U02)

 

🔖💻📓

Sistem Pembelajaran Kendiri dan Buku Gaya Hidup Sihat Insaniah Edisi 2024

Asasnya semua orang mahu berjaya, ianya satu fitrah, maka semua orang boleh dan mampu belajar membina kehidupan dan kesihatan secara fitrah berpandukan kepada Model Gaya Hidup Sihat Insaniah meliputi  4 Prinsip Asas Kehidupan, 16 Elemen Gaya Hidup Sihat Insaniah(GHSi) dan 4 Elemen Rawatan Alami Melayu (RAM)

UNIT TeRADIDIK

(APM100-U03)

 

🔖💻💊

Sistem Pembelajaran Kendiri dan Formulasi Asas

Kos Sara Hidup dan Penjagaan Kesihatan semakin hari semakin meningkat, maka amatlah perlu semua orang belajar 3 langkah asas untuk sentiasa sihat, produktif dan cemerlang iaitu Kompas Fitrah Kehidupan, Personalogi Asas, Formulasi/Terapi Asas dan Rawatan Umum di Rumah.

UNIT ReHAT

(APM100-U04)

 

🔖👨‍⚕️💊

Rundingcara Bersemuka dan Formulasi/Terapi Asas

Untuk kekal sihat dan rawatan spesifik anda perlukan Pengamal Profesional sebagai pemudahcara, ianya semestinya seorang berpengalaman dan mempunyai pengalaman lapangan yang matang agar dapat membantu anda Cegah Sebelum Sakit dan Ubati Sebelum Parah. 

Kandungan Utama Program Malaysia Sihat...

WAJIB SERTAI...

...atas permintaan ramai, Program Malaysia Sihat kembali lagi secara atas talian. Jom sertai kami…Mulai April 2024 dibawakan kepada anda semua secara atas talian, boleh di capai melalui Telefon Pintar ataupun Komputer Riba sahaja...

Lebih 25,000 orang telah menyertai program ini semenjak dari 2006

Program Terdahulu...

Antara yang telah menyertainya menyatakan daripada program ini mereka memperolehi Ilmu yang praktikal mengurus Kehidupan dan Kesihatan, antaranya ;

 

>>Berjaya meningkatkan Motivasi Kendiri<<

>>Berupaya menguruskan Tekanan Emosi secara berstruktur<<

>>Memahami tatacara Pemakanan Harian Harian yang mudah dan seimbang<<

>>Membantu Merawat Diri dan mampu berusaha mencegah dari penyakit kronik<<

In Sha Allah, dengan mengikuti Program Malaysia Sihat 2024-2025 melalui Pendekatan Gaya Hidup Sihat Insaniah Dan mempraktikkannya dalam rutin harian, Kehidupan & Kesihatan anda Dan keluarga anda akan lebih teratur mengikut Fitrah Kehidupan...

Dalam Program Malaysia Sihat 2024 kali ini anda anda mendapat panduan dan bimbingan secara lansung secara atas talian tentang Pengurusan Kehidupan dan Kesihatan termasuk kaedah melalui pendekatan Rawatan Alami Melayu (RAM) bagi menghadapi gejala harian seperti demam, batuk, selsema, alahan umum serta juga sokongan rawatan kepada masalah penyakit-penyakit semasa yang sedang dideritai.

Juga akan akan diberikan pendedahan tentang permasalahan anak-anak kecil dan remaja meliputi tatacara pendidikan dan kesihatan yang semakin mencabar pada masa ini. 

 

Bonus Khas : Panduan menangani masalah ketagihan gajet, vape dan juga pelbagai pemasalah anak-anak masa kini. 

 

Jadi jangan lepas peluang ini, dah tiba masanya untuk bersedia dengan segala bentuk cabaran kehidupan dan kesihatan yangs semakin rencam dan menghantui keharmonian kehidupan kita pada hari ini.

DAFTAR SEGERA!

Jangan Tunggu Lagi, Jom Sertai Kami...

  1. Sebagaimana dijelaskan terdapat 4 Unit Pembelajaran Utama iaitu BiCARA (APM100-U01), SeHATI(APM100-U02), TeRADIDIK(APM100-U03) dan ReHAT(APM100-U04). Anda hanya perlu mulakan dengan mendaftar dan menamatkan dengan jayanya Unit BiCARA (APM100-U01) dan kemudian barulah layak mendaftar ke unit-unit seterusnya mengikut turutan.
  2. Yuran Pengaktifan bagi Unit BiCARA (APM100-U01) kini ditawarkan pada harga RM99.00 sahaja.