Profail

Sihat2u.my adalah program bersepadu yang dikendalikan oleh Konsortium Sihat2u PLT secara inisiatif sukarela bagi memasyarakatkan amalan gaya hidup sihat secara menyeluruh meliputi aspek keseluruhan aspek kehidupan. Sihat2u.my merupakan program pembangunan kehidupan dan kesihatan secara menyeluruh meliputi penjagaan kesihatan dan rawatan perubatan melalui pendekatan Model Gaya Hidup Sihat Insaniah (GHSi) dan Rawatan Alami Melayu (RAM).

Sihat2u.my memberikan penumpuan kepada 4 fokus utama iaitu penyelidikan, pendidikan, pembangunan dan keusahawanan dalam bidang Perubatan Melayu melalui pendekatan model Gaya Hidup Sihat Insaniah(GHSi) dan Rawatan Alami Melayu(RAM).