(please leave your email address in REMARK)
“Meet our new Acquisitions Editor, Muayyad.”
Nisrina, yang menyandang jawatan Developmental Editor di Lawa House Publishing, terkejut apabila tiba-tiba muncul seorang lelaki yang dikenali di pejabatnya. Bukan setakat kenal lagi dah, tapi lelaki itu suami dia sendiri!
Yang peliknya, dia tidak pernah tahu pun Muayyad ada ilmu tentang selok-belok dunia buku. Atau dia yang selama ini tidak pernah peduli tentang latar belakang lelaki itu yang ternyata terlalu banyak teka tekinya?
Tugas Nisrina di pejabat jadi semakin mencabar sejak Muayyad mula kerja. Ada saja ideanya yang dicabar Muayyad, begitu juga sebaliknya. Pendek kata, tak pernah sehati sejiwa. Kerja nak bertekak saja sampai kawan-kawan sepejabat mula gosipkan mereka tanpa tahu status mereka yang sebenar.
Apabila hati mula terusik, ada konflik yang melanda seperti layaknya sebuah cerita cinta. Tapi bukan ke tugas seorang editor itu untuk memastikan sesuatu manuskrip itu indah hasilnya sebelum ia dapat diterbitkan?
“Kita mula balik dari awal, on page one. Kita anggap aje yang sebelum ni tu macam prolog. Boleh?” - Muayyad.
Buy Now